“Rasa Berat Nak Tinggalkan Anak…” – Fazura

Bagi mereka yang baru menimang cahaya mata sulung, pasti berat hati untuk mereka men1ngg4lkan anak walaupun sekejap. Itulah perkara yang dilalui oleh pelakon Nur Fazura.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk men1ngg4lkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.

“Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya, kerana orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.

“Tetapi sekarang saya bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut meminta nasihat dan pandangan daripada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai pengalaman dan situasi yang sama seperti dirinya.

Diruangan komen, rata-rata netizen termasuk beberapa rakan artis memberikan pendapat mengenai perasaan t4kut dan ris4u untuk berpisah dengan anak yang baru sahaja bergelar ibu.

Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

 

Sumber : Rotikaya, Ig @missfazura

Leave a Comment

You cannot copy content of this page