“Saya Makan Nasi Dalam Sebulan Berapa Kali Jee” – Eina Azman

Pelakon Datin Eina Azman, 26, mended4hkan dia hanya makan nasi sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata ini adalah caranya untuk mengekalkan berat badan serta saiz pinggang idaman.

“Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya.

“Setiap kali makan nasi ja badan akan terus naik berkilo-kilo. Jadi sekarang ni saya akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekal kan berat dan pinggang idaman saya,” tulisnya.

Eina menjawab pertanyaan peminat di ruangan Ask Me A Question yang bertanya sama ada dirinya seorang yang mudah untuk naik berat badan.

“Jenis senang naik badan ka? Sebab nampak diet sangat. Cembvru sebab tak sekuat tu tahan n4fsu makan,” tanya individu yang tidak diketahui id3ntiti.

Dalam pada itu, pelakon drama komedi thriler, The M4id memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nasi bagi tidak berasa kelap4ran.

“Kalau tak makan nasi, akan makan apa untuk tak l4par? Cuba untuk menurunkan berat badan tapi asyik g4gal,” tanya seorang pengguna.

“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran. Insya-Allah okey dan kenyang,” b4las Eina.

Sekadar makluman, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah berkahwin pada 31 Ogos 2014.

Mereka dikurniakan sepasang kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia lima tahun.

Sumber : Gempak

Leave a Comment

You cannot copy content of this page