Terasa hati kata-kata guru, pelajar hilang fokus jawab kertas Matematik SPM… Apa yang berlaku sebenarnya?

GURAUAN seorang guru yang di4nggap k4sar sehari sebelum kertas peperiksaan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung membuatkan pelajar ini mengalirkan air mata dan hilang fokus seketika.

Cuba untuk melupakan kata-kata yang diungkap guru tersebut, namun calon SPM berkenaan, Nurul Aqilah Yazid, 18, mengakui perkara itu sukar untuk dilakukan.

Biarpun sebelum ini sudah terbiasa menjadi ejekan guru-guru lain tentang jer4watnya tetapi kali ini perkataan ‘jer4wat batu’ menyebabkan pelajar ini tersinggvng.

“Saya nak kongsi kis4h sedih hari ini. Saya ada kelas Matematik di sekolah, semangat nak belajar tetapi… Cuba untuk tak mahu terasa,” tulisnya di video TikTok.

Biarpun sebelum ini sudah terbiasa dengan kata-kata tersebut tetapi ‘jer4wat batu’ yang diungkapkan guru tersebut membuatkan dirinya tersent4p.

Ketika dihubungi mStar, dia berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu itu bukan yang pertama dialaminya, cuma sebelum ini dia langsung tidak menyimpan dalam hati kerana menganggap itu hanya gurauan semata-mata.

Video Aqilah ketika menghadiri kelas tambahan Matematik itu tular di aplikasi TikTok.

“Saya sendiri pelik kenapa hari itu saya tersentuh sangat. Sebelum ini ramai sahaja yang tegur dan ej3kk kulit muka saya yang berjer4wat ini tetapi tak pernah pula ter4sa sampai macam ini.

“Kali ini em0si terlebih mungkin sebab saya tanya baik-baik tetapi dib4las dengan ayat yang ped4s dan meny4kitkan.

“Jer4wat batu tu membuatkan saya tersent4p dan fikir tervk sangat ka kulit muka saya sampai cikgu kata macam tu sekali.

“Bukan hanya seorang guru yang selalu menjadikan saya contoh kulit wajah ketika dalam kelas,” katanya.

Aqilah akui sentiasa kur4ng keyakinan diri dikelilingi rakan-rakan berwajah bersih dan cantik.

Lebih mesra disapa Aqilah, pada mulanya dia tidak mahu berkongsi hal ini mahupun menunjukkan kes4lahan guru tersebut tetapi calon SPM ini berharap perkongsiannya dapat membuatkan guru lain menjaga tutur kata ketika berdepan pelajar mereka.

“Saya sedar seorang pelajar patut taat dan hormat dengan guru setiap masa. Ibu dan ayah pun bagi tahu hal sama. Cuma sal4hkah saya luahkan apa saya rasa.

“Saya tak cakap siapa betul siapa sal4h. Biarpun jelas kadang kala itu banyak h4l yang dikongsikan pelajar mengenai sikap guru yang kurang menyenangkan tetapi akhirnya pelajar juga disal4hkan.

Saya tak pernah meng4du benda rem3h ini sebenarnya tetapi saya rasa ayat tu memberi kes4n sangat pada saya.

NURUL AQILAH YAZID

CALON SPM

“Dalam kej4dian Ahad lalu itu, saya ke kelas tambahan Matematik dan sebaik terima kertas saya dapati ada soalan saya tidak tahu. Kebetulan cikgu itu lalu belakang saya untuk pasang projector, jadi saya pun tanya macam mana nak jawab soalan itu. Kemudian cikgu itu cakap ‘Orang suruh buat tak nak buat, tumbvk muka kau pec4h jerawat batu tu nanti’. Saya dengar tu terus tersent4p,” ujarnya.

Tambah pelajar dari Sekolah Menengah Tun Tuah, Melaka itu, dia langsung tidak mahu jadikan kej4dian itu lsu besar malah hanya pulang ke rumah luahkan kepada ibu dan ayahnya.

Bagaimanapun, kedua ibu bapanya hanya menasihatinya dan memujuk puteri mereka itu supaya tidak berkecil hati dengan guru berkenaan.

Aqilah yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini menuruti pesanan ibu bapanya meskipun sedikit terkes4n dengan apa yang berlaku.

“Saya tak pernah meng4adu benda rem3h ini sebenarnya. Tetapi saya rasa ayat tu memberi kes4n sangat pada saya hari itu tambah lagi esoknya kertas subjek yang diajar cikgu tersebut.

“Sepatutnya dia lebih memahami kerana dia pun perempuan. Biasalah muka berjer4wat. Bukan saya tak usaha hil4ngkan.

“Nasihat ibu ayah senang sahaja hormati dia kerana tanpa dia siapalah kita. M4afkan dia mungkin tak sengaja. Berkat seorang guru itu penting,”ujarnya lagi.

Sumber: MSTAR

Leave a Comment

You cannot copy content of this page