Lyla Amina Nama Anak Kedua Scha & Awal

Akhirnya, teka teki tentang nama anak perempuan kedua pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari terjawab.

Ia telah dided4hkan dalam Schawal Baby Boom 2021 yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD sebentar tadi.

Dalam program tersebut, Awal meminta Lara untuk mengumumkan nama baby girl itu.

“Okay Lara, hari ini secara ekslusif, apa kata kita ded4hkan nama adik, boleh?” tanya Awal kepada Lara.

Dengan penuh gembira, Lara mengumumkan nama adiknya yang telah tertulis pada sebiji kek itu.

“Boleh…Nak tahu nama adik tak? Lyla Amina, nama ini sedap dan dekat dengan nama saya,” jawab Lara.

Awal menyambung perbualan tersebut dengan mengucapkan syukur dan mengatakan nama itu adalah pilihan mereka sekeluarga

“Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih nama Lyla Amina,” katanya.

 

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Lara, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Sumber: Gemp4k

Leave a Comment

You cannot copy content of this page