“Untuk Menyampaikan Kemanisan CintaMu Ya Allah” – Bergambar Bersama, Netizen Teka Neelofa Pilih Nabil ?

Semenjak tidak lagi mengacara bagi program Meletop dan sudah berhijrah dengan memakai niqab, jarang sekali kita lihat pengacara dan usahawan Neelofa memuat naik gambarnya bersama sahabat baik yang juga rakan pengacara, Nabil Ahmad.

Pun begitu, baru-baru ini Neelofa dilihat seakan-akan memberi satu ‘hint’ apabila dia memuat naik posting di Instagram bertemu dengan Nabil bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

Lebih menimbulkan teka-teki kepada netizen apabila Neelofa menulis kapsyen,

Untuk menyampaikan kemanisan cintaMu ya Allah. Can you guess?” katanya.

Susulan posting tersebut, ramai di kalangan netizen mula memberikan pendapat masing-masing mengenai tujuan pertemuan dua pengacara tersebut.

Namun kebanyakannya meneka yang Nabil bakal dijadikan pengacara bagi majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz tidak lama lagi dan ada pula yang meneka yang kedua-duanya bagai digandingkan dalam satu program Islamik tak lama lagi.

Haa siapa yang betul agaknya?

Sumber : Lobak Merah

Leave a Comment

You cannot copy content of this page