Lengkap Berbaju Tradisional, Keluarga Nabila Huda Sambut Hari Raya Dulu

Pelakon Nabila Huda tarik tumpuan wargamaya apabila mengambil foto Hari Raya bersama suami dan anaknya lengkap berbaju tradisional.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkongsi foto dan video sambutan Aidilfitri tersebut untuk tatapan umum.

“Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Siapa bila Hari Raya nak amik gambar watak macam ni?” tulis Abil di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Abil mengajar anaknya cara untuk bergambar dengan posisi dan kedudukan tangan yang ayu serta sopan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat 4ksi Abil sekeluarga yang sudah menyambut Aidilfitri lebih awal meskipun belum memasuki bulan puasa.

Malah, ramai yang turut memuji penampilan anak Abil, Keisha Laila, 11, yang kelihatan cantik persis ibunya.
“Haha selamat hari raya Abil,” tulis pelakon Wan Sharmila.

“Oh my God Keisha dah macam woman dah,” komen pelakon Datin Diana Danielle.
“Terus rasa excited nak raya,” ujar seorang wargamaya.

“Lovenya kaler baju Abil. Anaknya dah nak sama tinggi dah, tak lama lagi anak caras job ibu,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir suku juta tontonan daripada pengikutnya.

Sumber : Gempak

Leave a Comment

You cannot copy content of this page