SPM 8A, Ini Kata-Kata Semangat Mira Filzah Buat Calon Peperiksaan

Pelakon Mira Filzah tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat buat pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memulakan kertas peperikasaan pertama pada hari ini.

Mira yang sebelum ini merupakan pelajar cemerlang dengan keputusan SPM 8A itu turut mendoakan agar semua urusan calon peperiksaan tersebut dipermudahkan.

“Di sini Kak Mira nak ambil kesempatan untuk mengucapkan all the best to SPM students yg sertai @pttionline (atau pun tidak) yang bakal menduduk SPM!

“This is it. Finally! This is your time adik adik! Semoga segala usaha adik adik diberkati, dirahmati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan exam!” katanya.

Mira berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Mira memuat naik fotonya bersama peminat ketika ulang tahun kelahirannya ke-25 dengan tema sekolah.

“Tak, ni bukan batch SPM hari ini, tapi throwback gambar lama birthday celebration Mira yang ke 25 bersama @miraclegacy_! (Now 28 dah, sob sob) Time flies.

“Ya Allah rindunya dulu boleh buat gathering ramai-ramai, masa ni semua @miraclegacy_ turun! I miss you guyssss  I miss everyone. Ada daripada utara, selatan, Singapura pun ada. Goshhhh those dayssss. Allahuakbar.

“Apa apa pun syukur Alhamdulillah, we are still breathing till today. Masih sihat, masih bertenaga,” katanya lagi.

Hari ini merupakan hari pertama buat pelajar SPM 2020 menduduki peperiksaan selepas beberapa kali tertunda kerana pandemik Co vid-1 9.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @mfmirafilzah

Leave a Comment

You cannot copy content of this page